SMK USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama SMK USJ 12, iaitu Pn. Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 pelajar. Kini, SMK USJ 12 mempunyai 2235 pelajar, serta 58 kelas.

Sekolah ini terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang serta Blok Dinamik. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya.

Pada hari ini, SMK USJ 12 mempunyai 120 guru-guru dan 10 staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas-tugas mereka yang tertentu. Setiap orang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah ini.

Slogan ‘Twelveans to be the best’ mendorong warga sekolah sebagai warga Twelveans untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.