INISIATIF BANTUAN MAKANAN 2019

JOM! BANTU MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK

Tahukah anda, lebih 30 pelajar yang kurang bernasib baik datang ke sekolah tanpa bersarapan setiap hari?

Inisiatif ini dimulakan oleh guru-guru SMK USJ 12 selepas mendapati terdapat pelajar dalam keadaan lesu dan tidak focus pada pelajaran. Pada awalnya pihak guru telah membuat keputusan untuk memulakan program sumbangan sarapan pagi (sesi pagi) dan makan tengah hari (sesi petang)kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ini. Perkara ini kemudiannya telah dipanjangkan ke pihak PIBG, dan kini kami cuba merancang program inisiatif ini dibuat dengan lebih baik dan tersusun.

PIBG SMK USJ 12 menyeru ibu bapa memberi sumbangan dalam pelan inisiatif bantuan makanan, supaya tiada pelajar berlapar di sekolah. Usaha ini dibuat supaya pelajar dapat meningkatkan tahap kesihatan dan prestasi akademik mereka.

Sumbangan boleh dibuat ke:
TABUNG PIBG SMK USJ12
NO AKAUN MAYBANK
5123 6111 0923

* Catatkan ‘Meal donation’, di bahagian ‘reference’ akaun anda ketika transaksi untuk urusan pihak bendahari.

* SOKONGAN ANDA KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH*